Sunday, 1 June 2008

Bab 2 Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama. Kata ganti nama terbahagi kepada lima jenis, iaitu:
(1) Kata ganti diri
(2) Kata ganti tunjuk
(3) Kata ganti tanya
(4) Kata ganti tempat
(5) Kata ganti tak tentu


Kata ganti diri
- untuk mengganti nama seseorang

Saturday, 31 May 2008

Bab 1 Kata Nama

Kata Nama Am
-digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan tidak bernyawa secara umum.

-Contoh:
(1) Manusia-adik, kawan, peniaga, ibu, petani, pegawai
(2) Haiwan- kucing, ayam, rusa, kancil
(3) Tumbuh-tumbuhan - pokok, pisang, rumput
(4) Benda - pembaris, radio, meja, mesin, kasut
(5) Tempat- dewan, rumah, pejabat, padang, bandar, bilik
(6) Waktu - pagi, siang, malam, subuh, asar (pagi)

- Ayat contoh:
1. Ali ke rumah kawannya utnuk mengulang kaji pelajaran.
2. Daging lembu sangat sedap rasanya.


Kata Nama Khas
- digunakan untuk menamai sesuatu benda yang bernyawa yang tidak bernyawa secara khusus.
- huruf awal bagi kata nama khas ditulis dengan huruf besar.

-Contoh:
(1) Manusia-Amin, mustafa, Lee Kwan Yee
(2) Haiwan- Si Tompok, Sang Kancil, Sang Harimau
(3) Bangunan- Menara Kuala Lumpur, Wisma Kuching, Plaza Pelangi
(4) Judul - Dewan Pelajar, Kawan, Wanita, Utusan Melaysia
(5) Tempat- Kuala Lumpur, Johor Bahru, Selangor
(6) Pertubuhan- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

-Ayat contoh:
(1) Encik Jambli membawa keluarganya bercuti di Pulau Langkawi.
(2) Kucing peliharaan Suzi bernama Tompok.

GEDUNG TATABAHASA BAHASA MALAYSIA

Sejak pendidikan Malaysia menuju ke arah globalisasi, pelajar kini kurang memberi perhatian atau lebih masa terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia. Tujuan utama saya memperkenalkan blog ini untuk membantu pelajar serta menjadi rujukan kepada mereka tentang mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Pada zaman kini, terdapat ramai pelajar telah mahir menggunakan internet untuk mencari maklumat. Diharap blog ini dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah Bahasa Melayu. Sekiranya anda mempunyai pendapat yang membina, dapatlah kita kongsi bersama.